
Tentang Kami
Majlis HAWA Malaysia bermatlamat untuk memperkasa wanita dan keluarga bagi mencapai kesejahteraan hidup menuju sebuah negara membangun.
Majlis HAWA Malaysia ini terdiri dari Ahli-ahli Majlis serta anggota yang berbilang kaum, agama, bangsa dan jantina.
Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (HAWA Malaysia) ditubuhkan pada 15 Jun 2023 sebagai ROS. Kedua-dua Majlis HAWA Malaysia dan HAWA Malaysia NGO saling bekerjasama dengan masyarakat sivil dan NGO-NGO lain untuk turun ke padang mendampingi rakyat melalui program-program.
Perjuangan dan program-program kami seiring sejalan bersama-sama dengan masyrakat sivil termasuk NGO-NGO. para professional, akademik serta orang awam.
Dengan sokongan semua Majlis HAWA Malaysia beriltizam untuk menembusi kekangan-kekangan yang sedia ada, menganjurkan program-program inovatif dan kreatif serta membawa impak kepada undang-undang dan polisi negara bersama masyarakat sivil dan NGO-NGO. HAWA akan menjadi game changer di dalam parti untuk masyarakat.