
7 Kumpulan Fokus

PERUNDANGAN DAN POLISI

TEKNOLOGI DAN INOVASI

PEMBANGUNAN KAPASITI

KESEJAHTERAAN HIDUP

PENJANAAN EKONOMI

PEMBANGUNAN LESTARI

PEMBANGUNAN WANITA DESA
KUMPULAN FOKUS

PENGERUSI HAWA HAK
Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
-
Meningkatkan kesedaran dan kefahaman wanita dan keluarga tentang hak mereka disisi undang-undang.
-
Menjadi titik rujukan masyarakat sebagai pemudahcara dalam mengatasi isu-isu yang ada kaitan dengan undang-undang.
-
Bertindak sebagai tenaga penggerak utama kepada penggubalam dasar undang-undang dan polisi yang lebih progresif.

PENGERUSI HAWA KAPASITI
Datuk Halimah Mohamed Sadique
Melengkapkan wanita dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pilihan masing-masing termasuk bidang kepimpinan dan pembuat keputusan.

PENGERUSI HAWA EKONOMI
Datuk Sri Zurainah Musa
Bertindak sebagai penggerak kepada inisiatif penjanaan ekonomi bagi membantu meningkatkan pendapatan wanita dan isi rumah dan mengeluarkan mereka dari himpitan kemiskinan.

PENGERUSI HAWA TECH
Puan Wan Mohalina Wan Mohammad
Meningkatkan kesedaran akan mustahaknya wanita dan keluarga didedahkan dengan perkembangan digital dan teknologi yang banyak memberikan faedah kepada urusan harian mereka.

PENGERUSI HAWA CARE
Datin Paduka Datuk Nor Hayati Tan Sri Onn
Mengenal pasti isu-isu utama yang sering menghindar wanita dan keluarga mencapai kesejahteraan hidup dengan mengadakan percambahan fikiran dan kajian serta mengemukakan cadangan yang praktikal kepada pihak yang bertanggungjawab.

PENGERUSI HAWA LESTARI
Puan Hajah Hasrunizah Hassan
Memupuk kesedaran dan mendidik masyarakat akan pentingnya konsep pembangunan lestari difahami dan diamalkan bagi menentukan setiap tindakan yang dibuat dapat memenuhi keperluan masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa hadapan.

PENGERUSI HAWA DESA
Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan
Mengenalpasti isu-isu unik dan tersendiri yang menjadi cabaran kepada pembangunan wanita dan keluarga di kawasan luar bandar melalui pengumpulan maklumat secara kolektif dan seterusnya membawa cadangan solusi kepada konstruktif kepada pihak-pihak yang relevan.